Green Trekkers

News and Happenings

Home / Single Post

Tips Membawa Warga Emas Naik Cruise

Tips membawa warga emas berjalan lagi.

Tahun 2024 saya pernah bawa ayah saya naik cruise.

Saya plan cruise ni untuk cuti slow dan relaxing saja.

2 minggu sebelum naik cruise, saya jemput ayah saya duduk di rumah saya supaya saya boleh “prep” dia untuk percutian ini. Saya ambil masa untuk dye rambut dia, beli sehelai dua baju baru untuk percutian ini, supaya nampak nice bila ambil gambar.

Atas cruise ni ada sediakan makanan soft food untuk warga emas di buffet. Sebab dah tau memang ramai warga emas yang suka naik cruise. Jadi jumpalah makanan lembut, kalau jenis mi goreng pun, mi tu akan rasa lembut. Ada juga bubur, ikan stim dan banyak lagi pilihan. Dia terpaling enjoylah bab makan ni, sebab buffet kan..

Dalam cruise memang seniors friendly, yang kerusi roda boleh sampai ke setiap pelusuk cruise sebab ada lift. Ada juga bilik accessible untuk golongan OKU berkerusi roda. Kena request awal2 masa booking.

Untuk cruise ini ada berhenti di Jakarta dan Singapore. Untuk dua dua tempat ini, saya aturkan van private untuk bawa jalan jalan sekitar kota. Tiada itinerary yang padat, cuma 2 stop kat tempat lawatan National Monument dan Pasar Barang Antik Jalan Surabaya untuk tengok barang antik, lepas tu hirup kopi kat Cafe Batavia.

Kat Singapore pula, saya bawa ayah saya naik bas. Dalam masa 6 jam, kami cuma ada 1 stop saja kat Sentosa. Sebab dia berjalan 15 minit, kena berhenti untuk rehat sekejap. Kadang kala 30 minit untuk dia lelap tidur sekejap.

Kesimpulannya, memang kena bersabar, dan planning hari dengan warga emas ni, kita turunkan expectation dan pace kita, slow down, bagi masa dalam 3 kali ganda masa yang biasa kita ambil. Memang possible lah untuk bawa dorang jalan jalan, cuma ambil lebih masa untuk rancang jadual. Dan selalu ada aktiviti sampingan yang kita boleh buat untuk isi masa menunggu tu, contoh, bawa laptop sekali untuk buat kerja kalau tengah tunggu.

Selepas balik ke cruise waktu petang, saya bawa dia balik bilik untuk tidur, masa tidur tu saya terus ke gym, untuk lari, kerana dah berjalan perlahan lahan dengan dia sehari suntuk, badan saya rasa letih, kena buat sesuatu yang cepat, maka gymlah tempatnya. Orang yang menjaga pun kena ada masa rehatnya.

Semoga post ini memberi inspirasi baru kepada anda yang ingin membawa mak ayah bercuti.

P/S: Cruise ni ada makanan halal